Saturday, May 15, 2010

Berhenti Rokok Tanpa Paksaan !!!!


Nikmat Yang Membawa Celaka
Setiap sedutan pasti membawa padah.Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masaalah kepada anda .Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian.

Rokok mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi.Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur. Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan. Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.

Kesan Terhadap Keluarga Dan Persekitaran
Anda sayang awek anda ? pakwe anda? Keluarga anda? Sudah pasti anda tidak mahu menjerumuskan mereka kepada bahaya hasil daripada kegiatan merokok anda . Kerana setiap saat anda menghisap rokok, dengan tidak sengaja orang-orang di sekitar anda menabung zat-zat karsinogenik yang menunggu waktu untuk berkembang menjadi penyakit. Ini bermakna , mereka juga terdedah kepada kemudaratan. Terutama anak-anak kecil yang sensitive kepada asap rokok .

Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesar. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Kesannya , anak-anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma ).

Cegah Sebelum Parah
Jadi mengapa anda perlu merokok ? Sedangkan anda sendiri akan mengakibatkan musibah kepada orang lain. Anda sudah bersedia untuk berbelanja beratus-ratus ribu untuk menyelamatkan satu nyawa hasil tabiat buruk merokok anda ? Pilihlah jalan yang lebih selamat demi masa depan dan kebahagian anda sekeluarga .


SO,JANGAN HISAP ROKOK!!

Punk Rock



BUNKFACE!

yeah rock punk!!!antra genre yg aku ske..!!
Rock punk merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini. Band yang memulakan rock punk, The Ramones telah membawa dimensi baru muzik rock dalam eranya. Rock n roll yang pantas dan tidak kompleks, tidak banyak polishing bunyian dan berkarat (raw). Seterusnya Sex Pistol di Britain dan the Clash membuka lembaran rock dalam suasana punky dan rebelious, dan mempopularkan budaya punk. Bad Religion yang politikal, Nofx yang sarkastik, The exploited yang anarki sehinggalah kepada R.E.M yang puitis.

Rock punk di Malaysia

Di Malaysia rock punk dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia. Walaupun Carburetor Dung lebih senior. Carburetor Dung kemudiannya merilis sebuah album di bawah label VSP berjudul "Songs for friends" pada 1993. Subculture pula dengan album "Love and hate" di bawah naungan label yang sama.

Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti the Bollock, acid rain, The expired, Splatters, A.C.A.B, Chaos Head Vomit, ART dan lain-lain.Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.

Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, The Official, A.C.A.B dan juga Skin. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.

Senarai band-band rock punk di Malaysia

* The Pilgrims
* Subculture
* Y2K
* Nuras
* The Royal Stoneriver
* One Buck Short
* Carburetor Dung
* JBH
* LUNATIC CHAOS( MIZI)
* BUNKFACE

Black Metal


haha..kali nie aku nk cte serba sdket ttg muzik yg aku bhenci gler..iaitu muzik metal..aku bhci sbb mzik dye terlalu giler2..Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua ugama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keugamaan pagan.

Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh ugama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis ugama.



Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokok terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.

Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua ugama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM), termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna.."

Sekitar masa ini, terdapat beberapa kes pembakaran yang ditujukan kepada gereja Kristian yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun, dan secara umum dianggap sebagai mercu tanda penting—yang kelompok Aarseth didakwa menggalakkannya, jika pun tidak melakukannya. Sasaran Gereja yang paling terkenal merupakan gereja Fantoft Stave, Norway, yang dibakar oleh seorang ahli kelompok dalaman Euronymous; yang merupakan ahli kumpulan tunggal Burzum, Varg Vikernes, atau "Count Grishnackh", yang juga bermain gitar bass bagi Mayhem. Peminat Black metal turut menggempur kumpulan "death metal" terkenal lain yang melawati negara mereka atau dalam negara berjiran, berasaskan mereka tidak cukup "setan". Ramai yang mengingati persaingan hebat antara death metal Sweden dan Norwegian black metal.Ciri-ciri Black Metal termasuk yang berikut:

* Gitar kencang dengan petikan tremolo.
* Lirik yang berbentuk memuja setan, Pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity. Kumpulan muzik seperti Kumpulan Slayer, Landser, Deicide, Death's Head, dan Immolation bertindan lirik seperti black metal tetapi ditakrifkan dari segi muzik kepada death metal (Immolation, Deicide), thrash metal (Death's Head, Slayer), atau Rock Against Communism (RAC) (Landser, Intimidation One).
* Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.
* Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap muzik utama dan/atau menunjukkan mood muzik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.
* Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana muzik.
* Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka. Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.
* Suara yang nyaring dengan herotan.
* Peralatan muzik perkussion yang laju.
* Suasana sejuk, gelap, sedih, muram dan samar.

Genre-genre gabungan
Alternative metal - Blackened death metal - Christian metal - Funk metal - Grindcore - Industrial metal - Metalcore - Nu metal - Rapcore - Sludge metal - Stoner metal - Symphonic metal - Thrashcore

Senario serantau
Gothenburg metal - New Wave of British Heavy Metal - Bay Area thrash metal

Subgenre-subgenre
Avant garde metal - Black metal - Celtic metal - Classic metal - Death metal - Doom metal - Folk metal - Glam metal - Gothic metal - Groove metal - Melodic death metal - Neo-classical metal - NSBM - Oriental metal - Power metal - Progressive metal - Speed metal - Thrash metal - Viking metal



so,aku harap korang jgn ur terjebak dgn back metal,merosakan akidah jewp..

Punk


kali nie aku nk cerita psl punk..coz aku pown mnt gak genre punk nie..aku mnt kt genre jewp,t aku x mnt gye rmbut cm paku ue..haha..so aku nk cter sket ur pasal budaya nie..Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.

Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clash di London meledak pada tahun 1977.

Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap rock n roll “mainstream”, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Di samping memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap gam). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah.

Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan rock alternatif dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga Budaya Indie yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.Fesyen punk merangkumi pelbagai aspek, dan dipopularkan oleh kebanyakan band punk seperti Sex Pistols, Dead Kennedys dan Blondie, dan juga oleh pereka fesyen punk terkenal Vivienne Westwood dan Malcolm McLaren. Pengikut punk mempunyai penampilan yang berbeza-beza namun kebanyakannya sengaja berpakaian untuk menunjukkan keberanian dan mesej punk mereka yang mengundang kontroversi.

Budaya punk yang meledak pada tahun 1977 memperkenalkan jeans dan pakaian yang telah dikoyak, boot Doc Martens, pakaian serba hitam, seluar ketat (skinny pants), rambut fesyen Mohawk, stail terpacak, dan juga rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna (menentang rambut panjang hippie). Jaket rockers, tali pinggang studded, T-shirt tanpa lengan, pop art sinonim dengan fesyen punk. Pengikut punk juga membuat tatu dan menindik bahagian badan mereka. Aksesori seperti rantai besi, gelang tangan spikes, pins, lencana, simbol Nazi, salib terbalik dan Anarki, juga popular. T-shirt punk selalunya mempunyai slogan politik, mengejutkan dan offensif. Selain itu, sebilangan punk juga mengenakan fesyen S&M, memakai solekan tebal, dan cross-dressing. Jenama seperti Chuck Taylors, Doc Martens, Nike dan Adidas popular di kalangan pengikut punk.

Pada tahun 1990-an dan 2000-an fesyen Skate-punk popular di kalangan remaja, dipopularkan oleh band seperti Blink 182, Nofx dan Green Day. Fesyen Skate-punk yang lebih sederhana lebih kepada hoodies, beanie hat, seluar pendek dan baggy, aksesori skating, T-shirt band, dan stail rambut mohawk dan terpacak yang tipikal. Pada tahun 2004, Green Day dan band band emo yang lain memperkenalkan imej punk yang baru, seperti pakaian serba hitam, tali leher, seluar ketat, eyeliners, dan stail emo.

Pada awal 1980-an, walaupun medapat imej negatif, golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru gambar di London disebabkan fesyen dan kelakuan mereka. Di awal mereka mula mendapat perhatian, punk mendapat serangan hebat oleh golongan masyarakat dan juga pengikut sub-budaya lain seperti skinheads, mods, bikers, dan metalhead. Di samping itu pengikut punk juga sering menyerang pengikut muzik disko dan sesiapa saja yang dianggap "hippie".Punk mempunyai seni dan stail artistik tersendiri. Seperti muzik dan fesyen punk, Seni Visual mereka sarat dengan mesej yang politikal, mengejutkan dan bersifat anti-seni. Pada awalnya Seni Visual punk digunakan dalam muka album punk, majalah (zines) dan T-shirt. Seni Visual punk diinspirasikan oleh montaj dan kolaj Pop Art yang dipopularkan oleh Andy Warhol, dan pada awal 1980-an mula digunakan di dalam majalah, album artis dan poster mainstream yang bukan punk.

Antara filem-filem yang berkaitan dengan budaya ini adalah filem Rock & Roll High School, The Great Rock & Roll Swindle, Another State Of Mind, Sid & Nancy, dan juga dokumentari Filth & the Fury.

Konsert-konsert punk mula mempopularkan tarian Pogo dan "slam-dancing" di kebanyakan konsert rock di-samping "moshing", "stage-diving", "crowd surfing" dan kebanyakan kelakuan lain di dalam konsert rock.Kebanyakan punk mempunyai "scene" (komuniti) mereka tersendiri terutamanya di bandar besar. Scene di New York, London dan kemudiannya di San Francisco Bay Area adalah antara komuniti punk yang terawal menjadi terkenal. Kebanyakannya bersifat underground, di mana kebanyakan pengikut muzik punk adalah anti-komersial dan berusaha untuk mengekalkan keaslian (authenticity) budaya mereka supaya tidak menjadi terlalu mainstream dan komersial, dan faktor inilah yang meneyebabkan kebanyakan band punk kurang mendapat perhatian daripada peminat muzik rock umum. Band -band seperti Sex Pistols dan The Ramones kurand dikomersialkan dan hanya mencapai "cult status". Populariti band seperti Green Day menyebabkan mereka dilabel sebagai "poser" dan ditentang oleh pengikut punk yang fanatik.



so sesape mnt kt genre nie,jdk ur cm dyorang sume nie..